Kritikan Karya Seni Catan
>> Monday, August 17, 2009
Lukisan merupakan satu persembahan seni catan yang berpontensi menyampaikan mesej kepada pembaca. Hal ini kerana sesebuah karya berupaya menarik minat audien untuk membaca maklumat yang tersirat. Kebiasaannya karya dilihat sebagai cantik atau tidak cantik tanpa alasan yang kukuh, perspektif seperti ini tidak sesuai kerana karya itu sendiri menpunyai nilainya (value) yang tersendiri. Hal ini kerana proses menghasilkan karya sangat teratur dan tersusun.
Misalnya karya "Strawberi" ini dihasilkan melalui beberapa proses. Pertama pelukis mengenal pasti subjek yang dia mahu ketengahkan. Kedua, pelukis memilih media a yang digunakan dalam menghasilkan karyanya (contoh, pensil warna). Ketiga, pelukis memilih kedudukan view kepada objek yang sesuai. Keempat, garis-garis panduan dibina untuk menghasilkan bentuk dan rupa objek yang lebih seimbang dan realistik. Kelima, setelah bentuk siap dilukis, pemilihan warna perlulah bersesuaian dengan objek. Kemudian kemaskini karya seperti memadam garisan yang dihasilkan oleh pensil karbon.
Hasil beberapa langkah ini, mampu menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Berbalik kepada subjek kita iaitu kritikan terhadap karya. Seseorang pengkritik itu mestilah mempunyai ilmu mengenai asas-asas seni. Ilmu tersebut membolehkan audien mengkritik secara intelektual. Misalnya, jikalau audien itu mengatakan karya "Strawberry" ini cantik, audien mesti kemukakan alasan berdasarkan ilmu asas seni.
Asas-asas seni terbahagi kepada dua topik yang utama iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip seni. Unsur-unsur seni terdiri daripada garisan, bentuk, rupa, warna, jalinan dan juga ruang. Manakala prinsip-prinsip seni terdiri daripada harmoni, kepelbagaian, keseimbangan, kedudukan irama, penekanan dan kesatuan.
Contoh kritikan
Mengkritik mengunakan unsur seni, “karya strawberry ini cantik kerana ia mengunakan pelbagai jenis garisan untuk membentuk objek. Misalnya, garisan halus dan nipis serta beralun digabungkan untuk membentuk rupa dan jalinan kain yang lembut.”
Mengkritik mengunakan prinsip seni, “lukisan ini berupaya menyampaikan mesej ketenangan kerana terdapat unsur irama. Irama ombak dihasilkan melalui garisan beralun yang terdapat pada kain pengalas itu.”
Unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip seni akan dibincangkan pada bahagian yang berasingan.